MSC Status Company
 
 
  HOME  |  ENQUIRY FORM  | SITEMAP
Aerosoft IT Sdn. Bhd.
  Newsroom Newsroom  
 
 
About Us
    Press Release
 
    News
 
 
 
  Press Release
 
 
 

Smart HR - Pengurusan sumber manusia berasaskan web
September 1, 2004
 
UTUSAN MALAYSIA, MEGABAIT - Sebuah syarikat bumiputera bertaraf MSC, AeroSoft IT Sdn Bhd telah membangunkan perisian bagi memudahkan pengurusan sumber manusia di syarikat. Perisian yang dinamakan Smart HR dapat membantu majikan dalam menguruskan jabatan sumber manusia masing-masing.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Aerosoft IT, Ahmad Fadzidin Arshad berkata, Smart HR mempunyai 12 modul utama yang meliputi pendaftaran syarikat, pengurusan pembayaran gaji, cuti, bonus, kenaikan pangkat, disiplin, latihan, perubatan serta pendaftaran kenderaan syarikat.

"Perisian ini amat berguna kerana ia berkaitan di antara satu dengan lain," katanya semasa ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya baru-baru ini. Dengan menggunakan perisian berkenaan, majikan serta pekerja boleh mendapat faedah yang besar.

Smart HR boleh menyimpan pelbagai maklumat bukan saja mengenai sumber manusia tetapi juga profil serta sejarah sesebuah syarikat berkenaan.

Perisian ini membenarkan pekerja memohon cuti malah mereka juga boleh merujuk bilangan cuti yang masih tinggal dengan serta merta di mana jua.

"Caranya mudah, mereka hanya perlu mengisi borang secara dalam talian dan menghantarnya terus ke jabatan sumber manusia masing-masing melalui Internet."

"Majikan juga boleh memasukkan seberapa banyak maklumat pekerja tanpa had," katanya yang telah menerajui syarikat berkenaan sejak 2001.

Dengan menggunakan Smart HR, pekerja juga boleh melihat serta mendapatkan salinan slip gaji atau borang EA secara dalam talian jika majikan menggunakan Smart HR jika mereka memerlukan serta-merta.

Tetapi bagaimana pula mengenai kes yang melibatkan perkara sulit dan persendirian seperti slip gaji dan borang EA?
Ahmad berkata, pekerja hanya dibenarkan melihat fail mereka sendiri dengan menggunakan kata laluan yang diberikan dan mereka perlu mengingatinya.

"Malah kami juga telah berjaya membangunkan sistem keselamatan bina dalam (built-in) berasaskan Internet berasaskan ID pengguna dan kata laluan.

"Selain itu, perisian ini juga menggunakan teknologi enkripsi 128 bit SSL (software socket layer) bagi meningkatkan keselamatan," tambahnya lagi.

Majikan yang berminat boleh mendapatkan Smart HR melalui dua cara :

Pertama, pelanggan boleh terus membeli perisian dan memuat turun dalam komputer mereka dan cara ini tidak menggunakan Internet. Manakala cara kedua, lebih mudah, pelanggan hanya perlu mendaftar dengan Telekom Malaysia dan melanggan menggunakan perkhidmatan berkenaan melalui Internet.

"Melalui cara kedua, pelanggan tidak perlu membeli perisian dan memuat turun program tertentu tetapi dengan melanggan mereka boleh mendapatkan akses melalui internet."

"Selepas kami mengaktifkan borang langganan, pelanggan sudah boleh menggunakannya," kata Ahmad. Malah pengguna korporat yang telah melanggan boleh menggunakannya di semua cawangan mereka.

Bagi memudahkan pengguna, Aerosoft telah meletakkan Smart HR dalam pusat data di Telekom Malaysia.

Ahmad berkata, pihaknya bermula dengan perisian yang beroperasi sendiri (stand alone) iaitu tidak dihubungkan ke Internet.

"Dan selepas beberapa tahun barulah kami menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkannya secara online."

"Dan kini Aerosoft telah berjaya menghasilkan perisian bagi membangunkan sumber manusia berasaskan internet di mana-mana saja," katanya.

Ahmad berkata, Smart HR disasarkan kepada terutamanya kepada industri kecil dan sederhana (IKS) serta syarikat-syarikat yang baru ditubuhkan.

Sehingga kini, Aerosoft telah melaksanakan lebih 100 aplikasi Smart HR kepada pelbagai sektor seperti perdagangan, pembinaan, hartanah, pembuatan, teknologi maklumat (IT) serta beberapa buah syarikat yang tersenarai di bursa saham.


top

 
 
  Copyright © 2006 Aerosoft IT Sdn. Bhd. All rights reserved.