MSC Status Company
 
 
  HOME  |  ENQUIRY FORM  | SITEMAP
Aerosoft IT Sdn. Bhd.
  Newsroom Newsroom  
 
 
About Us
    Press Release
 
    News
 
 
 
  Press Release
 
 
 

Aerosoft pertingkat E-Smart HR
February 21, 2006
 
BERITA HARIAN - SARANAN Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi supaya agensi kerajaan mewujudkan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi kakitangannya mencetuskan idea baru kepada Aerosoft IT Sdn Bhd (Aerosoft) untuk mempertingkatkan sistem E-Smart HRnya sejajar dengan keperluan itu.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Aerosoft, Ahmad Fadzidin Arshad, berkata sistem pengurusan sumber manusia E-Smart HR versi terbaru itu dilengkap dengan modul khusus, iaitu lebig menjurus kepada pengurusan prestasi serba lengkap dan mantap.

Katanya, Sistem Pengurusan Prestasi itu mencakupi keperluan semasa bagi majikan mengurus prestasi setiap kakitangan termasuk KPI, kecekapan, rumusan prestasi, baki kad skor, rancangan pembangunan kakitangan, bidang kecenderungan dan kelemahan.

"Modul ini lebih memudahkan bagi sesebuah agensi kerajaan atau organisasi swasta mengurus kakitangannya terutamanya ketika menilai prestasi. Laporan lengkap setiap kakitangan dapat disediakan dengan cepat dan perancangan masa depan boleh dilakukan segera.

"Sesuatu yang menarik mengenai E-Smart HR dengan sistem pengurusan prestasi ini ialah hubung kaitnya dengan modul lain terdahulu iaitu Pengurusan E-Gaji dan beberapa sub-modul lain iaitu E-Nilai & Kecekapan, E-Kenaikan Gaji dan E-Kenaikan Pangkat. Semuanya berkaitan dan itulah yang akan memudahkan majikan," tambahnya.

Fadzidin berkata, Aerosoft tidak pernah berasa selesa walaupun sudah berjaya membangunkan sistem pengurusan sumber manusia serba lengkap 100 peratus ciptaan tempatan yang setanding dengan produk seumpamanya keluaran syarikat terkemuka antarabangsa seperti SAP,Oracle atau PeopleSoft.

"Mudah digunakan dan disediakan pula dalam dwibahasa iaiu Bahasa Malaysia dan Inggeris," katanya kepada Berita Komputer, minggu lalu.

Dalam perkembangan lain,Fadzidin berkata, Kerajaan Negeri Perak menjadi agensi kerajaan pertama yang akan menggunakan sepenuhnya rumusan E-Smart HR ini.

"Kita anggap ini sebagai projek perintis dengan kerajaan negeri. Kini ia dalam peringkat pelaksanaan dan memindahkan data. Ada antara modul yang sudah digunakan dan ia dijangka dapat digunakan sepenuhnya mulai Jun atau Julai depan,"katanya.

Fadzidin berkata, semua modul akan digunakan di Perak dan beberapa modul baru sedang diselaraskan mengikut kehendak Kerajaan Negeri itu termasuk, E-Pencen, E-Umrah/Haji dan Peraturan-Peraturan Am yang terkandung dalam 'Buku Hijau' atau 'Buku Kuning'.

"Kejayaan menambat Kerajaan Negeri Perak itu akan menjadi landasan untuk terus berkembang ke negeri lain dengan sasaran Melaka, Pahang, Johor dan Terengganu," katanya sambil menambah Aerosoft juga akan menyerahkan tender bagi projek e-HR Bank Pembangunan yang saingannya sudah pasti dengan pemain industri terkemuka dunia, namun tetap yakin dengan keupayaan produknya.


top

 
 
  Copyright © 2006 Aerosoft IT Sdn. Bhd. All rights reserved.